Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sesi Pengauditan Anugerah Kontraktor Cemerlang (AKC)
Tarikh : 22 Januari 2018
Sesi pengauditan Anugerah Kontraktor Cemerlang bagi calon Kontraktor Zon 3 telah diadakan dengan jayanya pada 22 Januari 2018. Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR Putrajaya dan turut dihadiri oleh En.Mohamad bin Ismail, Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK),Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Bagi kontrak Pengurusan fasiliti blok Lot 4G1 & 4G2, Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) yang diuruskan oleh Bahagian Senggara Zon 3. Kontraktor penyelenggaraan yang dilantik adalah KCJ Engineering Sdn Bhd dengan harga kontrak bernilai RM39.9 juta bagi tempoh kontrak selama 4 tahun bermula pada 1 November 2016 sehingga 30 Oktober 2020.
Sepanjang tempoh 1 tahun ini, KCJ Engineering telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha untuk menyempurnakan semua kerja yang telah diarah dalam tempoh yang ditetapkan. KCJ juga telah berjaya memberikan kerjasama dua hala dengan JKR WP Putrajaya bagi memastikan semua keperluan kontrak dipatuhi.
Namun begitu, masih terdapat ruang ruang yang boleh ditambahbaik dan dengan kehadiran para juruaudit diharap dapat memberi satu buah fikiran dan pandangan baharu kepada JKR WP putrajaya khasnya untuk kontrak ini, dan bagi keseluruhan prestasi pengurusan fasiliti bangunan kerajaan di putrajaya amnya.
- Berita disediakan oleh : Bahagian Senggara Zon 3