

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

BENGKEL PEMUKIMAN JABATAN KERJA RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TAHUN 2025




















































Tarikh : 25hb Februari 2025 (Selasa)
Bengkel Pemukiman Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 23 Februari 2025 sehingga 25 Februari 2025 di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Darul Ta’azim. Jumlah peserta yang terlibat seramai 35 pegawai. Peserta yang terlibat ini diambil daripada setiap bahagian. Bengkel Pemukiman yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya seperti yang telah diatur oleh urus setia daripada Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik JKR WP Putrajaya.
Pada hari pertama dimulakan dengan taklimat dan pembukaan bengkel yang disampaikan oleh Puan Adilah Muniyati Binti Johari Jurutera Awam Penguasa Kanan dari Bahagian Pengurusan Korporat Dan Strategik (BPKS) . Dimulakan dengan pengucapan kata aluan sekaligus membincangkan objektif bengkel diadakan. Pada malam tersebut juga telah diadakan satu X-Break yang melibatkan kesemua peserta Bengkel Pemukiman. Acara pada malam pertama ini lebih bersifat santai dan pengenalan.
Pada hari kedua, dimulakan dengan acara perasmian oleh Ir. Izmal Bin Ibrahim selaku yang menjalankan tugas pengarah secara rasmi. Bengkel tersebut dimulakan dengan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bilangan 2 2025 (MPT Bil.2/2025). Mesyuarat MPT ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan pegawai disetiap bahagian untuk bermesyuarat bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang berbangkit yang boleh diperhalusi mengikut sasaran Jabatan agar setiap tindakan yang sedang atau akan dilaksanakan dapat dibuat dengan sempurna.
Pada petang harinya dijalankan satu lawatan kunjungan hormat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Lawatan kunjung hormat yang dibuat ini telah disambut baik oleh pegawai daripada JKR Johor dengan kerjasama KCJ Engineering. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan untuk menjalinkan hubungan baik diantara kedua belah pihak.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya