top of page
Kursus Pensijilan MyCrest Qualified Professional Sesi 1/2018

Tarikh : 13 hingga 15 March 2018

Kursus Pensijilan MyCREST Qualified Professional (QP) telah diadakan dengan jayanya pada 13-15 Mac 2018 (Selasa-Khamis) yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR Putrajaya, Ir. Syed Jaafar Idid bin Syed Abdyllah Idid, Timbalan Pengarah serta ketua-ketua bahagian JKR Putrajaya.  Kursus ini diadakan bagi menyediakan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang kompeten dalam membuat penilaian bagi penarafan hijau MyCREST agar selari dengan hasrat untuk memberi penarafan hijau kepada bangunan-bangunan yang diselenggara oleh JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Penceramah bagi kursus ini adalah Encik Ramesh AL V.Subramaniam. Berikut adalah agenda sepanjang kursus:

 

Hari Pertama:

  1. Pengenalan kursus

  2. Asas MyCREST

  3. Gambaran kesluruhan komponen MyCREST

  4. Penilaian projek MyCREST

 

Hari Kedua:

  1. Kriteria penilaian

  2. Taklimat mengenai tugasan kumpulan

  3. Pengetuahuan penting untuk professional yang berkelayakan (QP)

  4. Kesimpulan MyCREST

 

Hari Ketiga:

  1. Kriteria penilaian

  2. Latihan pengiraan

  3. Penilaian kursus

 

Semoga kursus ini dapat melahirkan lebih ramai Profesional yang Berkelayakan untuk MyCREST dan membantu mencapai sasaran untuk memberi penarafan hijau MyCREST kepada semua bangunan kerajaan di Putrajaya amnya.

Berita disediakan oleh:
 

Mohd Hafiz Bin Ismail

Wakil Bahagian Senggara Kuarters

Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga
JKR WP Putrajaya

bottom of page