top of page
Program Latihan Penggunaan BCiS Mobile Apps

Tarikh : 15 Februari 2018

Pada 15 Februari 2018, Malaysia Green Technology Corporation telah mengadakan sesi latihan bagi penggunaan BCiS Mobile Apps – versi IOS dan Android bertempat di GreenTech Malaysia, Bandar Baru Bangi.
Program latihan ini melibatkan peserta daripada pihak JKR WP Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

 

Puan Maisarah dan Puan Sharifah daripada TeratoTech Malaysia, selaku pihak pembangun aplikasi mobile BCiS telah memberi penerangan kaedah pengunaan aplikasi tersebut.

 

Aplikasi BCiS ini boleh di muat turun daripada Google Play Store bagi peranti Andoroid, manakala peranti Apple pula di App Store, ia menyokong iOS versi 9.0.0 ke atas dan Android versi 5.0.0 keatas. Antaramuka aplikasi yang mudah dan mesra pengguna bagi capaian modul-modul yang ada. Sepanjang sesi latihan, banyak maklum balas telah diberikan oleh peserta seperti penambahan maklumat bangunan sedia ada pada paparan aplikasi dan juga penerbitan data pada modul analisis aplikasi. Ia disambut baik oleh pihak pembangun aplikasi dan GreenTech.

 

Sejurus selesainya sesi latihan Timbalan Pengarah JKR WPP, Ir. Syed Jaffar Idid yang juga turut hadir, menyampaikan amanatnya agar wakil daripada setiap Zon Penyelenggaraan yang hadir dapat menghebahkan dan memberi pendedahan terutamanya kepada FM dan Energy Manager berkaitan penggunaan aplikasi mobile BCiS ini.

 

Dengan adanya aplikasi ini, ia dapat memudahkan JKR WP Putrajaya mengemaskini data dan memantau pengunaan tenaga yang melibatkan 66 bangunan pejabat kerajaan persekutuan di Putrajaya melalui telifon bimbit
atau peranti tablet.

Berita disediakan oleh:


Unit Pengurusan Strategik & Intervensi
JKR WP Putrajaya

bottom of page