top of page
Lawatan Ke Kilang Regaline Pumps Sdn. Bhd. Di Kawasan Industri Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Tarikh : 12 April 2018

12 APRIL 2018 – Unit Senggara Zon 3 dari Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan lawatan ke kilang Regaline Pumps Sdn Bhd bagi meningkatkan pengetahuan dan mengenali dengan lebih dekat tentang pembekalan dan pembuatan pam jenama Regaline yang banyak digunakan di dalam bangunan-bangunan Kerajaan. Lawatan ke kilang tersebut turut dihadiri oleh 20 peserta termasuk Ketua Jurutera Elektrik iaitu Ir. Hj. Shamsuriee Bin Sulaiman, dan En. Hassim bin Idin, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan.

 

Program telah dimulakan dengan kata-kata aluan dari pihak Regaline sebelum diteruskan dengan pengenalan dengan lebih mendalam tentang produk dan pengunaan pam. Terdapat beberapa jenis pam yang dikeluarkan oleh pihak Regaline telah pun memasuki pasaran Malaysia dan mendapat permintaan yang tinggi dari semasa ke semasa. Sebelum memulakan lawatan ke kilang, peserta diberi peluang untuk melontarkan sebarang persoaalan tentang produk-produk tersebut.

Seterusnya, adalah sesi lawatan ke kilang yang memakan masa selama 30 minit pula diteruskan. Peserta dikenalkan dengan pelbagai jenis pam yang sering digunakan di bangunan-bangunan Kerajaan dan komersil, bekalan air, rawatan air kumbahan, tambatan banjir dan lain-lain. Peserta diberi peluang melihat dengan lebih dekat tentang bagaimana pam berfungsi dan bagaimana pam tersebut dilaraskan.

Di akhir program, peserta diberikan Sijil penyertaan oleh pihak Regaline Pumps Sdn. Bhd. sebelum ucapan penutup dan kata-kata akhir diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Berita disediakan oleh:

Bahagian Senggara Zon 3

JKR WP Putrajaya

bottom of page