Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Lawatan Ke Rumah Kuarters Rosak Akibat Ribut Di Presint 9, Putrajaya
Tarikh : 01hb Mei 2020 (Jumaat)
Ir. Dato Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR WP Putrajaya bersama kakitangan Bahagian Senggara Kuarters dan wakil pihak BPH telah turun padang jam 10.00 pagi hari ini bagi melawat mangsa rumah kuarters Kerajaan di Presint 9 yang ditimpa pokok tumbang akibat ribut yang melanda sekitar Putrajaya kelmarin. Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok tumbang yang menimpa rumah tersebut juga sedang dilakukan oleh wakil pihak Perbadanan Putrajaya.
JKR WP Putrajaya sedia bekerjasama dengan pihak BPH untuk mengambil tindakan segera dalam pembaikan kerosakan rumah kuarters tersebut serta mensyorkan kepada wakil BPH yang hadir agar mangsa sebaiknya dapat digantikan dengan rumah kuarters kosong yang ada berhampiran bagi memudahkan mangsa berpindah dan kerja-kerja baik pulih kerosakan rumah dapat dijalankan dengan secepat mungkin.
Salam takziah diucapkan kepada mangsa dalam masa tempoh PKP di bulan Ramdhan ini ditimpa musibah yang tidak dijangka. Semoga apa yang berlaku ada hikmah dan kebaikan disebaliknya.
Berita Disediakan Oleh:
Bahagian Senggara Kuarters
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya