top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Mengenai Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Sejarah Penubuhan

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP) telah diwujudkan pada  Julai 2003 secara rasmi dengan berkuatkuasanya Waran Perjawatan K74/2002. Berdasarkan surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2003, JKRWPP telah diberi mandat mengawal selia penyelenggaraan bangunan pejabat gunasama serta rumah Kerajaan yang merangkumi rumah biasa dan rumah kediaman rasmi anggota pentadbiran / penjawat jawatan tinggi Kerajaan.

Visi

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk:

​

"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".

Objektif

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

​

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik

​

  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten

​​

  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif

​​

  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada

​​

  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru

​​

  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan

​​

  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti

​​

  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 26-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page