Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran
Tarikh : 14hb Disember 2018 (Jumaat)
Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerja JKR WP Putrajaya telah mengadakan Program Kesedaran Pencegahan Kebakaran yang berlansung pada14 Disember 2018 bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1 JKR WP Putrajaya. Program ini melibatkan kakitangan JKR WP Putrajaya dan telah disampaikan oleh wakil Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) iaitu Mr. Rueben Teoh.
Objektif utama program ini adalah memberi kesedaran kepada warga kerja JKR WP Putrajaya betapa pentingnya langkah awal bagi mengelak berlakunya kebakaran dan keperluan bagi pencegahan kebakaran.
Menurut Mr. Rueben Teoh, taksiran kerugian sebanyak RM1.3 juta telah direkodkan Jabatan Bomba bermula Januari hingga Jun 2018, yang mana 33,508 panggilan diterima kesemuanya adalah melibatkan kebakaran. Peningkatan jumlah kes-kes ini adalah amat membimbangkan. Oleh itu, kesedaran orang awam akan keperluan pencegahan kebakaran adalah amat penting serta perlunya alatan pencegahan kebakaran seperti pemadam api dan penggera asap tersedia dirumah kerana kadar kebakaran rumah kediaman adalah yang paling tinggi sekali berlaku. Seperti mana kesedaran kita terhadap pencegahan kecurian begitu juga dengan pencegahan kebakaran.
Para peserta telah didedahkan kes kebakaran yang telah berlaku seperti kebakaran di tempat kerja, rumah kediaman dan kenderaan serta peralatan dan jenis pemadam api terkini.
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada para peserta yang hadir.
Berita Disediakan Oleh
Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)
JKR WP Putrajaya