Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Seminar Lestari: Keperluan Penerapan Hijau Di Dalam Penyelenggaraan Bangunan:
Pengenalan Dan Kesedaran
Tarikh : 30hb Oktober 2018 (Selasa)
Selaras dengan agenda Negara yang bermula daripada Perjanjian Copenhagen pada Tahun 2009 oleh PBB dan Misi Putrajaya GreenCity 2025 iaitu ‘mengurangkan kadar karbon sebanyak 60% menjelang tahun 2025’, Jawatankuasa Lestari & Pengurusan Tenaga JKR WP Putrajaya telah berjaya menganjurkan seminar sepertimana tersebut di atas. Seminar ini telah berjaya mengumpulkan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JKR, wakil Kementerian-kementerian, wakil kontraktor-kontraktor Pengurusan Fasiliti Putrajaya dan juga agensi-agensi lain yang terlibat.
Objektif utama seminar ini adalah bagi mewujudkan kesedaran kepada pihak pelanggan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya terhadap kepentingan pelaksanaan Hijau di dalam Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.BHG. DATO’ SRI IR. DR. ROSLAN BIN MD TAHA, KETUA PENGARAH KERJA RAYA. Seminar ini telah dijayakan oleh 3 Orang Penceramah iaitu:
Penceramah 1: CIK WANG TZE WEE
Penolong Pengarah Kanan, Ketua Seksyen
Bandar Hijau Putrajaya, Jabatan Perancangan Bandar
Perbadanan Putrajaya
“Putrajaya Greencity 2025: Misi Dan Visi, Pelaksanaan Dan Pencapaian”
Penceramah 2: PUAN FARAH BINTI ABDUL SAMAD
Pengarah,
Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga (CASKT) JKR
“Pelaksanaan Hijau: Inisiatif Berterusan JKR”
Penceramah 3: IR SYED JAAFAR IDID SYED ABDYLLAH IDID
Timbalan Pengarah,
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
“Pelaksanaan Hijau Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan Di Putrajaya: Komitmen Dan Pencapaian”
Pihak JKR WP Putrajaya ingin merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan seminar ini. Diharap seminar ini dapat menjadi medan interaksi antara penceramah dengan semua peserta seminar bagi memahami pelaksanaan Hijau dalam Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan
Berita Disediakan Oleh
Mohd Shahriman Bin Abd. Latef
Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan
Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga
JKR WP Putrajaya