top of page
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST), DOKUMEN KONTRAK & SURAT PERWAKILAN KUASA BAGI KONTRAK FMM KUARTERS KERAJAAN PERSEKUTUAN DI PRESINT 15 DAN PRESINT 18 PUTRAJAYA

Tarikh : 3hb Jan 2024 (Rabu)

 

Pada 3 Januari 2024, satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak & Surat Perwakilan Kuasa (3 Dalam 1) telah diadakan untuk kontrak pengurusan fasiliti yang telah dianugerahkan kepada: 
 
BINA ALAM VENTURES SDN. BHD. dengan kos sebanyak RM16,705,600.00 untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Bagi 423 Unit Kuarters Jenis Berkembar Dan Teres, Kuarters Kerajaan Persekutuan Di Presint 15 Dan Presint 18, Putrajaya (Bagi Tahun 2024 Sehingga 2029).
 
Sesi penyerahan SST & Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang berjaya ini telah dilakukan oleh YBrs. Tuan Ir. Asha’ari Bin Hj. Hasan, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO) bagi kontrak ini.
 
Majlis kemudiannya dilanjutkan dengan penyampaian surat perwakilan kuasa oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada YBrs. Ir. Izmal Bin Ibrahim, yang merupakan Jurutera Awam Penguasa Kanan di Bahagian Residensi Kerajaan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.
 
Majlis turut dihadiri oleh wakil pelanggan, iaitu YBrs. En. Sheikh Mohd Amirullah Bin Zainal dari Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
 
Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengucapkan tahniah kepada BINA ALAM VENTURES SDN. BHD. dan berharap agar kontraktor yang berjaya dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan penyenggaraan kuarters di kedua-dua presint ini dijalankan dengan baik.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Residensi Kerajaan (BRK)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
 

bottom of page