Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Taklimat "Introduction To Building Structure Integrity (BSI)"
Tarikh : 30hb April 2019 (Selasa)
Satu taklimat berkenaan ‘Introduction To Building Structure Integrity (BSI)’ telah diadakankan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKWPP) yang disampaikan oleh penceramah Ir. Dr. Mohd Farid Ahmad Bin Ahmad@Majid, dari syarikat perunding Farid Ahmad Consulting Engineers. Program taklimat ini adalah merupakan kerjasama antara Bahagian Senggara Zon 3 Elektrik, JKR WP Putrajaya dan Kontraktor KCJ Engineering Sdn. Bhd., selaku kontraktor penyelenggaraan bagi Bangunan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Seramai 50 orang kakitangan JKR WP Putrajaya, Verifier, kakitangan KCJ Engineering telah hadir menyertai taklimat ini. Objektif taklimat ini adalah memberi pendedahan khusus kepada kakitangan JKRWPP berkenaan tujuan dan kaedah pelaksanaan pemeriksaan Building Structural Integrity (BSI) dan kepentingannya dalam kontrak penyenggaraan Bangunan Kerajaan.
Building Structural Integrity (BSI) adalah merupakan sebahagian daripada skop kontrak penyenggaraan yang mana ianya perlu dijalankan sekurang-kurang sekali dalam masa 10 tahun untuk mengenalpasti keadaan struktur sesebuah bangunan yang didiami itu. Skop taklimat adalah seperti yang berikut:-
-
Memperkenalkan kepentingan Integriti Struktur;
-
Pendedahan Degradasi Struktur;
-
Kaedah penilaian dan pemeriksaan;
-
Peralatan pemeriksaan; dan
-
Memperkenalkan SHM (Structural Health Monitoring).
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Yusnizah binti Mohd Kusnin, Jurutera Awam Kanan (JAK) dari Bahagian Senggara Zon 3 Elektrik selaku penasihat bagi penganjuran taklimat ini, penceramah, para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang penganjuran taklimat ini berlansung. Semoga semua peserta yang terlibat dengan taklimat ini mendapat manfaat serta ilmu yang berguna untuk digunakan di masa hadapan nanti.
Berita Disediakan Oleh:
URUS SETIA DISIPLIN AWAM ZON 3
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya